Saturday, June 6, 2009

LATIHAN




SOALAN LATIHAN

Bezakan Jenis Makanan Yang sihat dan Tidak Sihat ?


Makanan yang Sihat





Makanan yang tidak sihat





SELAMAT MENCUBA

JENIS-JENIS MAKANAN SIHAT



  • Mengurangkan Pengambilan Lemak
Contohnya :
  1. Lemak tepu :- daging, susu, kelapa
  2. Lemak mono tak-tepu :- zaiton, kelapa sawit
  3. Lemak poli tak-tepu :- kacang soya, jagung
  • Menambahkan Pengambilan Serat Pemakanan
  1. Panduan Makanan Secara Sihat. Sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin penuh adalah sumber serat pemakanan.
  • Makan pelbagai jenis makanan.
  • Makan lebih bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur- sayuran.
  • Imbangkan pengambilan makanan dengan aktivitiaktiviti fizikal.
  • Pilih makanan yang kurang kandungan lemak, kolesterol, garam dan gula.
  • Minum sekurang-kurangnya 6 - 8 gelas air sehari.
  • Sediakan hidangan dan makan makanan yang bersih dan selamat.

JENIS-JENIS MAKANAN TIDAK SIHAT




  • Makanan Ringan (Keropok)
  • Maggi
  • Air Tin
  • Coklat
  • Makanan Segera
  • Makanan yang telah tamat tempoh
  • Makanan yang tiada protein
  • Makanan yang Mengandungi Asid Sitrik

makanan yang sihat

Pilihlah Diet Yang Sihat

Terdapat pelbagai jenis kaedah diet dipasaran. kaedah diet ini digunakan untuk mengawal berat badan. Contoh diet yang berada dipasaran seperti Atlkin diet,volumetric diet dan pelbagai lambakan diet yang lain. Atlkin diet umpamanya mengatakan karbohirat merupakan punca kepada kegemukkan. Altkin diet menyarankan kepada pengamalnya bahawa kita hanya perlu makan sebanyak 2/3cawan nasi sahaja sehari. Jadi keperluan tenaga akan didapati menerusi pemecahan lemakkepada glukosa. Glukosa akan menyebabkan keadaan ketosis. Pembentukan jasad keton akan membantut selera makan dan mengalakkan pengurangan lemak badan. Selain ia juga boleh mengurangkan selera kepada makanan yang manis. Diet ini membenarkan pengamalnya mengambil makanan tinggi protein dan mengurangkan pengambilan karbohidrat, hasilan tenusu dan kekacang. Risiko pengamal diet ini ialah kekurangan vitamin D, osteoporosis dan meningkatkan kolesterol darah serta mengakibatkan penyakit gout. walauapapun saranan diet yang ada dipasaran, kita perlulah berbalik kepada saranan diet sihat dan seimbang mengikut piramid makanan. ia bukan sahaja memenuhi keperluan tenaga kita malah boleh bantu mengawal berat badan.

Makan sayur & buah 5 sajian setiap hari


Buah dan sayur merupakan kumpulan makanan yang kedua dalam piramid makanan. Sayur dan buah kaya dengan zat antioksidan seperti vitamin C, karotenoid dan flavonoids. Zat tersebut dapat mengurangkan risiko sesetengah penyakit kanser dan penyakit jantung. Selain ia tidak mengandungi kolesterol ia mengandungi kandungan rendah lemak dan kalori yang boleh mengurangkan berat badan. Mineral seperti kalium dan kalsium yang terdapat dalam banyak jenis sayur dan buah membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. jadikan setiap kali anda makan, makanlah sajian sayur dan buah. Kita digalakkan makan buah dan sayur 5 sajian sehari . 1 sajian bersamaan dengan :

1/2 cawan sayur yang telah dimasak

sepotong betik/nenas/tembikai

sebiji pisang sederhana/limau/epal

3/4 cawan jus buah

1/4 cawan buah kering

Contoh : Sekiranya dalam masa sehari anda telah makan sebiji pisang, 3/4 cawan jus buah, 1/2 cawan bayam rebus, sepotong betik dan 1/2 cawan kangkung goreng anda telah melengkapkan 5 sajian sayur dan buah sehari.

Protein yang paling baik yang boleh menggantikan protein dari sumber haiwan ialah protein sumber kekacang. Makanlah sumber kekacang dengan banyak berbanding protein dari sumber haiwan kerana ia bukan sahaja tiada mengandungi kolesterol malah mengurangkan arteri jantung anda tersumbat dengan lemak. Kekacang mengandungi polifenol yang bertindak sebagai antioksida yang boleh mengurangkan tahap lipid dalam darah.Sumber kekacang yang baik

seperti tauhu, tempe, taugeh, kacang dhal


Tuesday, June 2, 2009

salam ukhwah

Salam perkenalan kepada semua................

NAMA : IRMA LINDA BINTI IBRAHIM
UNIT : BAHASA ARAB (1)
INSTITUT : PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS DATO' RAZALI ISMAIL
KUALA TERENGGANU.
SEK : SEK.KEB. SG KEMAHAL,283200 TRIANG, PAHANG.


Ok...kepada semua kengkawan, jangan lupa melayari blog saya ini..........ada banyak maklumat yang ingin dikongsi bersama anda.......


Kepada sesiapa yang ingin merasakan kehebatan aura selera resepi masakan kampung....jangan lupa layari blog ini. Saya yakin pasti anda juga ingin menikmati rasa masakan yang sedap dan lazat.................